Fairuz Misran, Penyanyi Iras P Ramlee Meninggal Dunia

Allahyarham Fairuz menghembuskan nafas terakhir, hari ini.

KOTA KINABALU: Penyanyi yang memiliki wajah seiras Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Fairuz Misran, dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Khabar duka itu disahkan oleh abangnya, Ruzaidi Misran menerusi hantaran dalam Facebook.

“Innalillahiwainnahirojiun… Menerima perkhabaran sedih bahawa adik disayangi, Fairuz Misran kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulisnya.

Sementara itu, wartawan BH masih berusaha mendapatkan ahli keluarga Allahyarham Fairuz untuk maklumat lanjut mengenai berita pemergiannya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *