UMNO Gantung Keahlian Ahli Parlimen Putatan

Shahelmey Yahya yang juga Adun Tanjung Keramat sebelum ini berkata beliau menyerahkan kepada lembaga disiplin Umno untuk menentukan nasibnya.

KUALA LUMPUR : Umno menggantung keahlian Ahli Parlimen Putatan, Shahelmey Yahya selama enam tahun kerana tidak akur dengan arahan parti dalam usaha menyingkirkan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor pada awal tahun ini.

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mengesahkan perkara itu, lapor Astro Awani.

“Well… dia kena gantung enam tahun,” katanya ringkas.

Shahelmey yang juga Adun Tanjung Keramat antara empat Adun Umno yang memutuskan untuk menyokong Hajiji selepas Umno Sabah menarik sokongan terhadap ketua menteri itu.

Tiga lagi Adun adalah Arsad Bistari (Tempasuk), Jasnih Daya (Pantai Dalit) dan James Ratib (Sugut).

Bulan lalu, Shahelmey yang juga timbalan ketua menteri berkata, beliau menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk menentukan nasibnya.

James dan Jasnih kemudiannya mengambil keputusan untuk keluar Umno. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *