Kes Bunuh : Reman 8 Pegawai, Anggota Polis Dilanjutkan

Gambar Hiasan

TAWAU : Tempoh tahanan reman bagi lapan pegawai dan anggota polis dikaitkan kes bunuh pemandu e-hailing yang tamat har ini dilanjutkan tujuh hari sehingga 8 Februari ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Dzul Elmy Mohd Yunus, selepas membenarkan permohonan reman oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut selain merakam keterangan saksi dan orang disyaki.

Sebelum ini, media melaporkan lapan anggota polis terdiri daripada empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah polis ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 30 Januari lalu, seorang wanita yang dipercayai bekas isteri pemandu e-hailing terbabit dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh.

Pada 16 Januari lalu, mayat lelaki ditemui dalam kawasan semak berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Batu 5 Jalan Apas, dekat sini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *