
KOTA KINABALU : Ketua Menteri Hajiji Noor akan mengetuai sebuah parti dikenali, Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), yang sudah diterima menjadi komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pada 9 Dis lalu.
Beliau berkata, parti diterajuinya itu akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di negeri itu.
“InsyaAllah, kita akan menggerakkan dan meneruskan perjuangan kita melalui Gagasan Rakyat demi pembangunan rakyat serta negeri ini.
“Justeru, selepas ini tidak timbul lagi macam-macam isu untuk mempertikaikan kedudukan saya sebagai ketua menteri,” katanya dalam kenyataan.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.553.0_en.html#goog_543039081https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.553.0_en.html#goog_543039083https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.553.0_en.html#goog_543039085https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.553.0_en.html#goog_543039087https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.553.0_en.html#goog_543039089Ads by
Hajiji ketika mengulas lanjut, berkata Gagasan Rakyat adalah parti sedia ada yang kini diambil alih dan diketuainya.
GRS kini mempunyai lima parti dalam gabungan berkenaan iaitu Gagasan Rakyat; Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Solidariti Tanah Airku
(STAR); Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).
Hajiji sebelum ini mengumumkan beliau bersama pemimpin Bersatu Sabah lain keluar parti dan akan membentuk parti tempatan baharu.
Sementara itu, Hajiji berkata beliau hairan dengan sikap beberapa pihak yang masih tidak berpuas hati dengan pentadbirannya.
Katanya, beliau percaya ia timbul bukan disebabkan kerana kegagalannya mentadbir tetapi didorong oleh sikap rakus dan tamak dengan kedudukan.
“Bagaimanapun, saya yakin dengan sokongan rakyat kerana kita telah berjaya melakukan yang terbaik untuk masa depan Sabah, saya yakin kita boleh mengatasi semua cabaran dalam pemerintahan ini,” katanya. – FMT
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost