Rayuan Peter Anthony Terhadap Sabitan, Hukuman Didengar 15 Mac

Peter Anthony didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 bagi kesalahan menggunakan dokumen palsu.

KUALA LUMPUR: Rayuan bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah, Peter Anthony, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 yang dijatuhi terhadapnya bagi kesalahan menggunakan dokumen palsu, akan didengar 15 Mac di hadapan hakim Mahkamah Tinggi baharu.

Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash Somiah, berkata hakim baharu, Ahmad Bache, yang akan menggantikan Collin Lawrence Sequerah, yang kini hakim Mahkamah Rayuan. Ahmad merupakan hakim yang mengendalikan kes sivil di Mahkamah Tinggi di sini.

“Tarikh baharu pendengaran rayuan itu ditetapkan oleh jurubahasa mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas memperoleh tarikh itu di Mahkamah Tinggi hari ini. Turut hadir Peter dan peguamnya, S Devanandan.

Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk mendengar rayuan Peter di hadapan Sequerah.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.553.0_en.html#goog_2040253828https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.553.0_en.html#goog_2040253836Ads by 

Pada Jun tahun lalu, Peter, 51, memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 yang dijatuhi Mahkamah Sesyen di sini, pada 26 Mei 2022 selepas mendapati dia bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada 2014.

Peter, sebagai pengarah urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat Pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagaimanapun, presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu telah membayar denda berkenaan. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *