Pelajar Sabah Terpilih Top 30 Under 30 Changemakers

KENINGAU : Zurainnizah Omar, pelajar jurusan teknologi elektrik Kolej Vokasional Keningau, telah terpilih sebagai salah seorang daripada 30 pembuat perubahan di bawah umur 30 tahun yang disenaraikan oleh Opportunity Desk, sebuah persatuan belia yang berpangkal di Nigeria, atas penyertaannya dalam pertandingan inovasi sosial anjuran persatuan itu iaitu Opportunity Desk Impact Challenge 2022.

Senarai tersebut yang diumumkan pada 19 Disember 2022 melalui laman sesawang persatuan terbabit boleh diakses melalui: https://opportunitydesk.org/2022/12/21/announcing-the-3rd-class-of-od-impact-challenge-30-under-30-changemakers/

Zurainnizah Omar terpilih menyertai pertandingan tersebut dan seterusnya tersenarai sebagai pembuat perubahan atas hasil usahanya untuk membantu menangani masalah alam sekitar dan perubahan iklim.

Dia merupakan ketua kumpulannya yang telah mencipta mesin penapis air yang boleh mengurangkan penggunaan air dalam rumah dan membantu mangsa banjir mendapatkan bekalan air bersih.

Inovasi tersebut yang dikenali sebagai “Bubble Back” telah berjaya meraih beberapa pengiktirafan.

Selain itu, dia juga pernah mengetuai pasukannya menyertai pertandingan kes dimana mereka mengemukakan cadangan pengubahsuaian jalan raya agar ianya lebih mesra kepada alam sekitar.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, memuji usaha pelajar ini yang menggunakan kepakarannya dalam bidang teknologi elektrik dan minatnya dalam kerja-kerja komuniti untuk membuat perubahan melalui projek inovasi dan projek alam sekitar.

Dia berpendapat golongan anak muda perlu lebih proaktif mencari penyelesaian bagi isu-isu yang dialami oleh masyarakat setempat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *