3 Cedera Van Imigresen Terbabas Di Jalan Kunak-Lahad Datu

Keadaan van milik Jabatan Imigresen Malaysia yang terbabas di Jalan Kunak-Lahad Datu.

KUNAK: Tiga cedera selepas van milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di hadapan Ladang Tong Len, Jalan Kunak-Lahad Datu, di sini, pada Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu jam 11.42 pagi.

Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan.

“Terdapat tiga mangsa yang berada di dalam van berkenaan dan dua daripadanya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan EMRS,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 12.58 tengah hari.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *