Pelajar Sabah Raih Anugerah Di Festival Seni Perancis kategori “Readers Theatre”

KENINGAU : Pasukan pelajar jurusan bakeri dan pastri Kolej Vokasional Keningau telah mendapat tempat pertama di festival seni “Art Marathon in France” dalam kategori teater pembaca yang dilaksanakan secara dalam talian pada 5 Disember 2022.

Pasukan ini terdiri daripada lapan orang pelajar tahun dua kolej itu. Lima orang ahli pasukan tersebut iaitu Nur Anne Juehanna Azalan, Michel Anabella Samuil, Nur Syazwina Nazir, Natasha Emiley Nicoly Francis dan Rezky Aulia Nawir merupakan pelakon manakala tiga orang pelajar lagi iaitu Saidatul Zahara Jaslin, Aimee Farah Adhirah Aminul dan Iqmal Qhairi Naidu Muhd Syukur bertugas sebagai kru.

Teater pembaca yang dikenali sebagai ‘readers theatre’ dalam bahasa Inggeris adalah stail pembacaan skrip secara dramatik tanpa menggunakan unsur pementasan seperti alat peraga, kostum dan pemandangan latar belakang.

Skrip persembahan itu adalah hasil karya mereka sendiri yang mengisahkan perubahan fasa kehidupan dari peringkat remaja sekolah sehinggalah memasuki alam pekerjaan dan seterusnya mendirikan rumahtangga serta berkeluarga.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, menganggap pencapaian ini sebagai tanda bakat para pelajar dalam bidang seni yang wajar diasahkan kerana ianya mampu membentuk pelajar menjadi kreatif dan menghargai warisan budaya.

Dia berharap amalan penerapan seni dalam bidang pendidikan terus diperkembangkan dalam sistem pendidikan tempatan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Persembahan mereka yang bertajuk “Butterfly” (rama-rama) boleh diakses melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *