PRU15: Abang Menang Di Semporna, Adik Pula Di Lahad Datu

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan adiknya, Datuk Mohamad Yusof Apdal menyumbang dua kerusi kepada parti itu.

LAHAD DATU: Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan adiknya, Datuk Mohamad Yusof Apdal menyumbang dua kerusi kepada parti itu.

Mohd Shafie mengekalkan kerusi Parlimen itu dengan majoriti selesa iaitu 20,810 undi menewaskan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Nixon Abdul Habi yang hanya mendapat 7,892 undi.

Shafie yang juga ADUN Senallang itu turut menewaskan calon Pakatan Harapan Arastam Pandorog yang hanya merekodkan 1,848 undi selain calon Pejuang, Ab Rajik Ab Hamid dengan 467 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), peratusan keluar mengundi bagi Parlimen Semporna dilihat rendah iaitu 53.91 peratus dengan jumlah undi 38,909.

Berdasarkan data SPR, 72,169 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab itu bagi Parlimen Semporna.

Selain itu, bagi adiknya, Mohamad Yusof pula menang di kerusi Parlimen Lahad Datu dengan majoriti 4,376 undi menewaskan calon BN Maizatul Akmam Alawi yang hanya mendapat 22,740.

Turut tewas ialah calon Pakatan Harapan, Oscar Sia Yu Hock yang hanya mendapat 8,289 undi. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *