TERKINI – Anwar Ulangi PH Miliki Majoriti Tubuh Kerajaan Persekutuan

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR : Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini sekali lagi menegaskan gabungan itu mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Susulan itu, Anwar yang juga Presiden PKR, yakin beliau akan diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar bagaimanapun enggan menyatakan parti atau mana-mana Ahli Parlimen yang akan bekerjasama dengan PH.

“Sejak semalam sudah cukup (112 kerusi Parlimen). Seperti yang saya kata semalam, ia sudah selesai.

“Bagaimanapun, saya mahu ia dilakukan dengan cara yang betul. Biar mereka (parti atau Ahli Parlimen yang akan bekerjasama) mengeluarkan kenyataan sendiri.

“Apa pun, saya gembira kerana kita sudah menyelesaikannya. Saya fikir dengan sokongan yang diperoleh, saya yakin, insya-Allah, saya akan diberi peluang untuk menerajui negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita di luar kediamannya di Kajang, malam ini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *