Jumlah Cukup Untuk Bentuk Kerajaan, Kata Anwar

Anwar Ibrahim berkata dakwaan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin bahawa gabungan itu boleh membentuk kerajaan adalah mustahil.

SUBANG JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, mendakwa gabungan itu sudah mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Katanya, PH telah mengadakan suatu persefahaman dengan wakil rakyat lain, dan gabungan itu sudah meraih “majoriti”.

“Majoriti bermaksud lebih daripada 111,” katanya pada sidang media PH.

“PH ialah pakatan besar…faham tiada parti yang memperoleh majoriti mudah, memerlukan beberapa proses perbincangan bagi pembentukan kerajaan.”

Anwar bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan wakil-wakil rakyat terbabit daripada parti mana, kerana beliau hanya boleh bercakap bagi pihak PH.

Anwar berkata dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin bahawa PN boleh membentuk kerajaan adalah mustahil.

“(Kita) cakap tentang fakta. Kalau khabar angin, perlu tanya Muhyiddin,” katanya.

Ditanya sama ada PH bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak, Anwar sekadar berkata beliau menyambut baik perkara itu, “tapi tak boleh cakap banyak pasal perkara ini”. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *