BN Diramalkan Menang PRU15

Fitch Solutions Country Risk and Industry Research meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi PRU15. – Foto Bernama

SHAH ALAM : Fitch Solutions Country Risk and Industry Research meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor memberi petunjuk BN sudah meraih semula momentum politik selain mempunyai kelebihan menjadi gabungan paling lama memerintah negara

“Perkara ini akan memberi manfaat kepada BN dalam PRU15, mereka mempunyai lebih banyak pengalaman mentadbir negara berbanding gabungan politik lain.

“Kami juga menjangkakan BN dapat menunaikan janji sebaik sahaja dipilih,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, kebarangkalian Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) untuk menang adalah di bawah 25 peratus.

“Momentum PH telah menurun sejak memenangi PRU14 pada 2018. PN pula menunjukkan prestasi buruk pada PRN Melaka dan Johor sekali gus memberi gambaran perkara yang sama akan berlaku sekiranya gabungan parti itu memenangi PRU15.

“Walaupun sebahagian besar janji PH akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara seperti BN namun, mereka dituduh membuat janji populis yang tidak akan memberi kepentingan kepada rakyat secara berpanjangan seperti menghapuskan tol.

Firma itu memberitahu, perkara itu sebaliknya akan memberi beban tidak langsung kepada demografi pendapatan terendah kerana kerajaan menanggung perbelanjaan tambahan sekiranya caj tol dimansuhkan.

“Kami jangkakan kerajaan baharu BN akan membawa kepada campur tangan negeri yang lebih besar dalam ekonomi termasuk pengenalan semula cukai

barang dan perkhidmatan (GST) dan perluasan tindakan alternatif berasaskan kaum.

“BN akan mentadbir secara ‘relatif pragmatik’ dan meneruskan keterbukaan Putrajaya kepada pelabur asing. Pengenalan GST akan memberi kesan baik untuk tinjauan fiskal jangka sederhana Putrajaya,” ujarnya. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *