Parti Sabah, Sarawak Perlu Jadi ‘Satu Blok’, Kata Hajiji

Hajiji Noor berkata terdapat keperluan Sabah dan Sarawak bergabung suara bagi menuntut hak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

KOTA KINABALU : Gabungan suara Sabah dan Sarawak selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebagai “satu blok” tidak boleh dipandang ringan, kata Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor.

Beliau yang juga ketua menteri Sabah, yakin gabungan suara Sabah dan Sarawak dalam sebuah blok yang kuat akan membolehkan kedua-dua wilayah diberi keutamaan dalam pelbagai aspek.

Katanya, terdapat keperluan Sabah dan Sarawak bergabung suara bagi menuntut hak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ia harus dijadikan syarat utama yang perlu kepada mana-mana parti nasional yang ingin membentuk kerjasama bersama parti di Sabah dan Sarawak.-ADVERTISEMENT-Ads by 

“Siapa juga ingin menjadi kerajaan di sana, mereka mesti memberi keutamaan kepada Sabah dan Sarawak.

“Kita perlu satu suara dengan Sarawak untuk mendapatkan hak-hak kita seperti dalam MA63,” lapor Utusan Malaysia.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *