Warisan Tidak Boleh Buat Apa-Apa, Kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad berkata, Pejuang hanya akan bekerjasama dengan parti politik yang mempunyai kualiti tertentu dan pemimpinnya tidak terbabit dalam kes mahkamah.

KOTA KINABALU: Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad nampaknya menolak kemungkinan membentuk pakatan dengan Warisan dan mendakwa parti itu tidak dikenali di Semenanjung Malaysia.

Katanya, Pejuang hanya akan bekerjasama dengan parti politik yang mempunyai kualiti tertentu dan pemimpinnya tidak terbabit dalam kes mahkamah.

Bekas perdana menteri itu berkata, Warisan ialah parti baharu dan hanya dikenali terutamanya sebagai parti Sabah.

“Tetapi, walaupun di Sabah, mereka hilang banyak sokongan dan ramai pemimpinnya keluar parti. Jadi, apa yang Warisan boleh buat? Tiada apa-apa,” katanya ketika melancarkan Pejuang Sabah di sini.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.542.0_en.html#goog_470904992Ads by 

Warisan ditubuhkan pada 2016 selepas Shafie Apdal digantung oleh Umno.

Sebelum ini, Mahathir menyokong Shafie sebagai calon perdana menteri ketika krisis politik pada 2021, apabila kerajaan Perikatan Nasional tumbang.

Tetapi, bulan lalu, Shafie menyalahkan Mahathir dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim atas kebuntuan politik di negara ini. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *