Kerajaan GRS-BN Tidak Stabil, Kata Ewon

Ewon Benedick ketika berucap pada majlis Jelajah Harapan PH di Penampang semalam.

PENAMPANG: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Penampang Ewon Benedick menyifatkan pertembungan kerusi antara parti dalam kerajaan negeri memperlihatkan ketidakstabilan kerjasama politik antara mereka.

Katanya, walaupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) berada dalam kerajaan yang sama, namun mereka sudah “berlanggar” sesama sendiri pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.

“Bagaimana mereka boleh mentadbir sebuah kerajaan stabil jika pada hari penamaan calon mereka sudah kelihatan tidak stabil?” soalnya ketika berucap pada program Jelajah Harapan Penampang di Tugu Datuk Peter Mojuntin Donggongon malam tadi.

Pada hari penamaan calon semalam, Perikatan Nasional (PN) dan BN bertembung di Beluran walaupun komponen PN, iaitu Bersatu, berada dalam GRS.-ADVERTISEMENT-Ads by 

Selain itu, komponen BN, iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), turut meletakkan calon untuk menentang GRS di Ranau.

Ewon, daripada Upko, berkata rakyat khususnya para pengundi di Penampang, Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya harus menilai keadaan itu pada hari pengundian jika inginkan sebuah kerajaan yang stabil.

“Kalau kita mahu kerajaan yang stabil, lihat gabungan mana yang paling stabil. Sudah ternyata PH ialah gabungan yang amat stabil, tidak seperti gabungan lain.

“Ini menunjukkan kita ada kesepakatan menubuhkan kerajaan persekutuan yang stabil supaya dapat membangunkan negara ini dengan lebih baik,” katanya. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *