PRU15: Warisan Lengkap Senarai Calon Di Sabah & Labuan

Shafie Apdal (duduk tengah) dalam sidang media selepas majlis pengumuman calon Warisan di Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Presiden Warisan Shafie Apdal mengumumkan 13 lagi calon parti itu sekali gus melengkapkan jumlah 25 kerusi Parlimen di Sabah dan satu di Labuan yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman hari ini menyaksikan dua lagi penyandang iaitu Rozman Isli dan Ma’mun Sulaiman masing-masing akan mempertahankan kerusi mereka di Labuan serta Kalabakan.

Lain-lain calon yang diumumkan hari ini termasuk ADUN Sekong Alias Sani yang akan bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi, Joanna Sue Henley Rampas (Tuaran), Ahmad Mohd Said (Putatan), Masri Adul (Beaufort), Siti Noorhasmahwatty Osman (Pensiangan), Rowiena Rasid (Beluran), Sharip Bokrata Hassan (Libaran), Ismail Ayub (Kinabatangan), Yusof Apdal (Lahad Datu, Rasinin Kautis (Keningau) dan Ukim Buandi (Tenom).

Sementara itu, Shafie turut mengumumkan Jamil Hamzah sebagai calon mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya yang akan berjalan serentak dengan PRU15.

Terdahulu, seramai 13 calon diumumkan Shafie dalam siri jelajah parti itu, baru-baru ini, termasuk beliau sendiri yang akan mempertahankan Semporna, Darell Leiking (Penampang), Azis Jamman (Sepanggar), dan Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud).

Lain-lain calon diumumkan sebelum ini ialah Rashid Harun yang akan bertanding di Kudat, Jilid Kuminding (Kota Marudu), Amanda Yeo (Kota Kinabalu), Ahmad Hassan (Papar), Dr Daud Yusof (Kimanis), Adnan Puteh (Sipitang), Markos Siton (Ranau), Alex Thien (Sandakan) dan Chen Ket Chuin (Tawau).

Dalam perkembangan sama, Shafie turut mengumumkan tiga lagi calon parti itu di Semenanjung iaitu bagi dua kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dua calon bagi kerusi Parlimen ialah Leong Cheuk Lung di Kampar (Perak) dan Rahim Awang di Kapar (Selangor) manakala Leong Cheok Keng calon parti itu di DUN Malim Nawar (Perak). – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *