KUALA LUMPUR : Veteran DAP, Lim Kit Siang mengetepikan Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim adalah calon “terbaik dan paling sesuai” untuk jawatan itu. Tambahnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga antara calon jawatan itu.
“Walaupun Warisan akan meletakkan calon di semenanjung tetapi presidennya Shafie Apdal bukanlah calon untuk menjadi perdana menteri ke-10.
“Saya tidak mempersoalkan hak Warisan meletakkan calon di Semenanjung Malaysia tetapi calon mereka akan bertungkus-lumus menyelamatkan atau hilang deposit,” kata Lim dalam kenyataan.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.542.0_en.html#goog_1432522413https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.542.0_en.html#goog_1432522415https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.542.0_en.html#goog_1432522417https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.542.0_en.html#goog_1432522419https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.542.0_en.html#goog_1432522421Ads by
Beliau menggesa pengundi di Sabah memahami bahawa PRU15 adalah pilihan raya Parlimen untuk memilih perdana menteri ke-10 bukannya ketua menteri Sabah atau kerajaan negeri.
Warisan merancang untuk meletakkan calon di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Selangor, Johor, Perak, dan Kelantan dengan bekas presiden MCA antara calon parti itu.
Shafie sebelum ini pernah berkata, sekiranya beliau bukannya Anwar dipilih pembangkang untuk menjadi perdana menteri, beliau yakin dapat lebih banyak undi dari ahli Parlimen.
Bekas ketua menteri Sabah itu yang pernah memegang beberapa jawatan di Persekutuan sejak 1999, pada tahun lalu berkata, beliau sedia menjadi perdana menteri sekiranya diberikan mandat.
“Jika diberi peluang, sekiranya rakyat di negara ini mahukannya. Saya bersedia,” katanya ketika menjawab soalan ketika sesi secara langsung di Facebook.
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menyatakan sokong kepada Shafie sebagai calon perdana menteri ketika berucap di satu pilihan raya kecil. – FMT
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost