SENARAI CALON – PKR Tanding 10 Kerusi Di Sabah

Anwar Ibrahim (tengah) mengumumkan calon PKR yang akan bertanding di Sabah.

PUTATAN: PKR mengumumkan akan bertanding di 10 kerusi Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Berikut adalah senarai calon PKR yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen di negeri ini:

  • Awg Husaini Sahari- Putatan
  • Sangkar Rasam- Pensiangan
  • Christina Liew- Tawau
  • Thonny Chee- Kudat
  • Madely Modily Bangali- Kota Belud
  • Mustapha Sakmud- Sepanggar
  • Dikin Musah- Beaufort
  • Apirin Jahalan Taufik Sham- Ranau
  • Arastam Pandorog- Semporna
  • Noraini Abd Ghapur- Kalabakan

Senarai calon berkenaan menyaksikan Naib Presiden PKR Awg Husaini Sahari mempertahankan kerusi Parlimen Putatan, begitu juga dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Christina Liew yang akan mempertahankan Tawau.

Ketua PKR Sabah yang baharu, Sangkar Rasam turut berada dalam senarai untuk bertanding di Parlimen Pensiangan.

Sementara itu, PKR turut mempertaruhkan Noraini Abd Ghapur di Parlimen Kalabakan yang pernah disandang bapanya yang sebelum ini merupakan ‘orang kuat’ Umno, Abdul Ghapur Salleh.

Lain-lain calon yang dikemukakan parti berkenaan di Sabah pula rata-ratanya muka baharu kecuali Mustapha Sakmud yang akan bertanding di Sepanggar.

Mustapha sebelum ini pernah bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) lalu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk di Kota Belud.

Beliau bagaimanapun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Asrad Bistari yang menang dalam pertarungan enam penjuru dengan majoriti 1,685 undi.

Dengan 10 kerusi yang diumumkan PKR, ini bermakna PH telah meletakkan 23 calon di Sabah pada PRU15 nanti dengan tiga lagi kerusi iaitu Labuan, Sipitang dan Kinabatangan sahaja yang belum diumumkan.

Anwar ketika ditemui berkata, tiga kerusi berkenaan masih lagi dalam peringkat perbincangan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Tidak banyak (kerusi yang belum diumumkan), kita masih berbincang dan saya yakin kita akan umumkan dalam masa terdekat ini.

“Untuk di Labuan, saya fikir PKR akan bertanding semula di sana, yang dua lagi kita akan bincang.

“Masih ada masa, kita (PH) antara yang terawal mengumumkan calon, (parti) yang lain pun belum umum kan?,” katanya. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *