Walaupun Muhyiddin ‘Khianat’, Saya Boleh Lupakan, Kata Dr M Mengenai Tawaran Kerjasama Dengan PN

Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata, parti pembangkang hanya boleh mengalahkan Umno dengan cara bekerjasama pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

ALOR SETAR: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sanggup merendahkan diri dan melupakan perbuatan ‘khianat’ Muhyiddin Yassin terhadapnya bagi membolehkan GTA dan Perikatan Nasional (PN) bekerjasama untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, parti pembangkang hanya boleh mengalahkan Umno dengan cara bekerjasama dan atas sebab itu beliau memilih mengusulkan perkara itu kepada Muhyiddin, namun ditolak oleh pengerusi PN itu.

“Kita pun fikir takpalah kalau pun dia (pernah) tikam belakang (saya) kerana demi bangsa, negara, agama kita, kita sanggup rendahkan diri nak bersama dengan Muhyiddin, walaupun dia buat khianat saya, tak apalah saya boleh lupakan perkara itu.

“Tetapi bila kita cuba nak kerjasama dengan Muhyiddin tetapi dia jawab dia tak nak kerjasama dengan siapa sahaja, bukan main sombong,” katanya ketika berucap pada Program Rapat Umum GTA Kedah, di sini malam ini.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.541.0_en.html#goog_615657824Ads by 

Mahathir, yang juga pengerusi Pejuang dan penyandang kerusi Parlimen Langkawi, mendakwa Muhyiddin yakin PN boleh memenangi PRU15 tanpa perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak dan masih berminat untuk menjadi perdana menteri buat kali kedua.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Penaja GTA, Mukhriz Mahathir, berkata GTA menyasarkan untuk bertanding sekitar 120 kerusi Parlimen dan pengumuman calon akan dibuat pada 2 Nov ini.

“Kita akan buat majlis pengenalan calon kesemuanya pada 2 Nov ini, tapi dari semasa ke semasa kita akan buat pengumuman dua tiga calon di peringkat negeri atau pun di pusat.

“Keseluruhan kerusi sasaran kami GTA akan bertanding di 120 kerusi tapi angka itu akan dimuktamadkan kemudian, mungkin lebih mungkin kurang. Di Kedah, tidak kurang 10 kerusi Parlimen akan ditandingi,” katanya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *