Warisan Umum Calon Pertama PRU15, Adnan Puteh Di Sipitang

Adnan Puteh menjadi calon PRU15 pertama diumumkan Warisan akan bertanding di Parlimen Sipitang. – Foto Facebook

KOTA KINABALU: Warisan mengumumkan peguam, Adnan Puteh sebagai calon parti itu untuk bertanding kerusi Parlimen Sipitang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dibuat Presiden Warisan Shafie Apdal ketika berucap sempena siri jelajah parti berkenaan di Sipitang, hari ini.

“Calon dia adalah seorang peguam kanan, memujuk dia bukan senang, saya bersekolah dengan dia di London, saya bagitau Adnan, saya perlukan suara lantang seorang peguam memperjuangkan hak kita di Parlimen.

“Jadi saya minta tuan-tuan dan puan-puan, padukan tenaga kita dan menangkan Adnan Puteh,” katanya.-ADVERTISEMENT-Ads by 

Adnan yang juga bendahari Warisan Bahagian Sipitang menjadi calon pertama parti itu bertanding PRU15 yang diumumkan Shafie.

Pada PRU14, anak kepada bekas ketua menteri Musa Aman iaitu Hafez Musa memenangi kerusi Parlimen Sipitang atas tiket Barisan Nasional dengan majoriti 852 selepas memperoleh 12,038 undi.

Hafez yang kini menyertai Bersatu ketika itu menewaskan calon Warisan Noor Hayaty Mustapha yang memperoleh 11,186 undi, manakala seorang lagi calon daripada Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) Dayang Aezzy Liman hanya meraih 1,547 undi dan hilang wang deposit. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *