Ebit Lew Tenang, Senyum Pada Hari Terakhir Perbicaraan

Ebit kelihatan tenang ketika tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada Jumaat.

TENOM : Hari terakhir perbicaraan pendakwah terkenal, Ebit Lew sebelum disambung semula dengan tarikh baharu membabitkan kes gangguan seksual dijangka masih tertumpu kepada Firdaus Wong sebagai saksi ketiga pihak pendakwaan.

Bagaimanapun, saksi pertama Mohd Fairuz Abu, 37, dalam perbicaraan pada Khamis diberitahu oleh mahkamah bahawa beliau akan dipanggil semula untuk menyambung pemeriksaan balas daripada pihak peguam bela sebelum perbicaraan Firdaus diteruskan.

Perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Majistret di sini, setakat ini sudah memanggil tiga saksi sepanjang empat hari perbicaraan berlangsung.

Sebelum itu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.20 pagi dengan menaiki pacuan empat roda Toyota Land Cruiser dan dilihat berpakaian hitam dan berkopiah putih.

Ebit dilihat kelihatan tenang dan sempat tersenyum kepada petugas media ketika melangkah masuk ke mahkamah sebelum perbicaraan bermula pada jam 9.30 pagi.

Turut kelihatan bersama beliau adalah pasukan peguam belanya yang terdiri daripada Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut.

Sebelum itu, Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *