Pelajar KV Keningau Sertai Program Pertukaran Pendidikan Asia Tenggara

KENINGAU : Seramai 45 pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau berusia 17 sehingga 19 tahun sedang menyertai program pertukaran pendidikan melalui kelas dalam talian dengan negara-negara Asia Tenggara melalui SEAMEO TED yang bermula dari 5 September dan dijangka berakhir pada hujung bulan November 2022.

SEAMEO TED yang merupakan akronim kepada Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) Technical Education (TED) merupakan satu cabang organisasi tersebut yang diwujudkan khas untuk pendidikan vokasional.

Program ini melibatkan pelajar yang menghadiri kelas setiap minggu dan guru sebagai tenaga pengajar.

Selain dari KV Keningau, ada tiga sekolah lagi yang terlibat dari tiga negara berbeza iaitu Palapas National High School (Filipina), Saint Francois General Knowledge and Technical High School (Kemboja) dan SMK Global Teknologi (Indonesia).

Program yang mengambil masa selama seminggu ini disertai oleh pelajar dari program hospitality KV Keningau iaitu kosmetologi, bakeri & pastri dan seni kulinari serta para pelajar dari program pendidikan awal kanak-kanak.

Para pelajar ini dibahagikan kepada Sembilan pasukan dan setiap pasukan menghadiri kelas untuk subjek tertentu yang dikendalikan oleh guru dari negara yang bertanggungjawab untuk kelas terbabit.

Pelajar kolej ini mengikuti kelas untuk subjek pelancongan, pemprosesan makanan, penanaman, pendidikan jasmani, kejuruteraan elektronik, sejarah Asia, Bahasa Inggeris dan perakaunan yang dibahagi kepada dua kelas.

Kelas ini dikendalikan melalui aplikasi Google Meet dan ianya mengambil masa sejam seminggu.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, rasa gembira dengan projek rintis ini kerana ianya telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar kolej itu untuk meningkatkan kemahiran mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta keupayaan mereka untuk memahami budaya dari negara yang berbeza.

Ianya juga memberi mereka pengalaman pembelajaran yang unik dan menyeronokkan. Manakala guru guru kolej itu yang terlibat sebagai tenaga pengajar bagi pelajar dari tiga buah negara tersebut berjaya memperluaskan lagi kepakaran mereka dalam bidang yang mereka masing-masing ceburi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Maklumat berkenaan dengan pelajar yang menyertai program ini boleh diakses melalui pautan ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *