Bayaran Fasa 3, Rayuan BKM Dibayar Mulai Selasa Ini – PM

Ismail Sabri Yaakob berkata, keseluruhan pembayaran BKN dijangka selesai pada 27 Sep ini.

KUALA LUMPUR: Pembayaran fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai Selasa ini secara berperingkat, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang serta mereka yang telah lulus rayuan.

Menurutnya keseluruhan pembayaran berkenaan dijangka selesai pada 27 Sept.

“Kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia terutama ketika negara berdepan dengan cabaran kenaikan inflasi dan krisis geopolitik yang memberi kesan menyeluruh terhadap rantaian global.-ADVERTISEMENT-Ads by 

“Bantuan Keluarga Malaysia merupakan komitmen berterusan kerajaan bagi meringankan beban golongan B40,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana menteri berkata untuk BKM Fasa 3, setiap penerima sedia ada bakal menerima sehingga RM900, manakala lebih 80,000 penerima yang diluluskan rayuan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan, termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan kerajaan, Jun lepas.

Ismail berkata sehingga bulan ini, sebanyak RM5.9 bilion disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan.

Menurutnya, masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada individu yang layak pada Disember ini.

“Kerajaan kekal komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial akan terus diberi tumpuan di dalam Bajet 2023,” katanya.

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai Selasa ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *