Tanding PRU15, Rahman Dahlan Beri Bayangan Kembali Ke Kota Belud

Pada PRU14 Abdul Rahman Dahlan tewas kepada Ketua Pemuda Warisan Azis Jamman yang menang dengan majoriti 12,984 undi.

KOTA KINABALU : Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Abdul Rahman Dahlan mengesahkan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belud berkata, namanya sudah berada dalam senarai BN untuk PRU15 nanti.

“Saya tidak keberatan menawarkan diri bertanding tapi yang penting nama saya berada dalam senarai calon bersama dengan rakan lain untuk memastikan BN mendapat kedudukan terbaik pada PRU nanti.

“Namun, ia masih bergantung kepada keputusan parti, cuma saya diberikan beberapa gambaran aspirasi kepimpinan parti untuk saya menawarkan diri menjadi calon PRU,” katanya menurut Utusan Malaysia.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.529.2_en.html#goog_1201034498https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.529.2_en.html#goog_1201034500Ads by 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Klinik Bergerak Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS).

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut memberi bayangan akan membuat penampilan semula di kerusi Parlimen Kota Belud yang pernah dimenanginya sebelum ini.

Katanya, beliau tidak pernah berhasrat meninggalkan Kota Belud sebaliknya diarahkan bertanding di Parlimen Sepanggar oleh kepimpinan parti pada PRU14.

Bagaimanapun, katanya strategi itu tidak mengena kerana beliau dipindahkan ke Sepanggar dalam tempoh tiga bulan sebelum PRU.

“Sehingga kini, biarpun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Kota Belud, beliau tetap meneruskan janji bagi membangunkan sebuah politeknik.

“Jadi, selama lima tahun ini, walaupun tidak bergelar wakil rakyat di sana, saya berusaha mendapatkan kelulusan kerajaan persekutuan untuk menubuhkan Politeknik Kota Belud,” katanya.

Rahman berkata, kelulusan fasa pertama bagi pembangunan politeknik itu telah diberikan dan beliau akan menyambung semula usaha tergendala selepas PRU lalu.

Katanya, selaku ketua Umno Tuaran, beliau turut memberi keutamaan kepada kawasan berkenaan, tapi itu bukan keputusan yang boleh dibuat sendirian kerana ia bergantung kepada parti.

“Apa-apa pun saya akan patuh kepada keputusan parti, di mana saja saya dicalonkan,” katanya.

Pada PRU14, Rahman tewas kepada Ketua Pemuda Warisan Azis Jamman yang menang dengan majoriti 12,984 undi. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *