Pertingkat Tahap Keselamatan Sabah Agenda Utama, Kata Hajiji

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata aspek keselamatan Sabah adalah keutamaan dan kerajaan negeri sedia mempertimbangkan perkara yang memerlukan kelulusan segera negeri.

KOTA KINABALU: Sabah tidak teragak-agak dalam mempertingkatkan keselamatan di negeri ini, kata Ketua Menterinya Hajiji Noor.

“Keselamatan sangat penting dan kami akan beri kerjasama yang terbaik apabila mempertimbangkan perkara yang memerlukan kelulusan kerajaan negeri,” katanya.

Bercakap selepas taklimat oleh polis mengenai situasi semasa keselamatan di Sabah yang diketuai Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani di Menara Kinabalu di sini hari ini, Hajiji berkata keselamatan Sabah merupakan perkara paling utama dalam agenda beliau.

Menurutnya beliau sepanjang masa membangkitkan isu tersebut dan terbaharu ketika mesyuarat Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semalam yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.529.2_en.html#goog_1417696483https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.529.2_en.html#goog_1417696495https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.529.2_en.html#goog_1417696499Ads by 

“Saya telah meminta tambahan peruntukan bagi mengukuhkan aset keselamatan kita terutama bagi Pantai Timur,” katanya.

Mengiringi Acryl adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Hazani Ghazali, Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah serta para pegawai kanan dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Sabah.

Hajiji turut mengulangi gesaannya supaya pos keselamatan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Indonesia di Pulau Sebatik dinaik taraf.

Semasa taklimat berkenaan, ketua menteri itu juga dimaklumkan bahawa dua batalion PGA baharu akan ditubuhkan di Nabawan dan Kunak sebagai tambahan kepada lima batalion sedia ada di negeri itu.

Dengan keseluruhan tujuh batalion, Sabah akan mempunyai kehadiran PGA terbesar di negara ini.

Turut dicadangkan adalah penubuhan Skuadron 69 Komando di Lahad Datu, pangkalan polis marin Sabah baharu di Kampung Lok Poring, Sepanggar dan pusat latihan polis (Pulapol) di Kampung Laya-Laya, Tuaran.

Mengenai permintaan penambahan kawasan di pangkalan unit udara polis di Tanjung Aru, Hajiji memaklumkan ia telah pun diluluskan. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *