Pemandu Maut, Kereta Dipandu Terbabas Di Jalan Papar

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya.

PAPAR : Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Papar, Kampung Tanaki, di sini, pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira 6 pagi itu, mangsa yang berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di tempat duduk hadapan Proton Satria berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rosli Jun berkatq pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 6.17 pagi.

Katanya, sepasukan 8 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaanUnit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 15 kilometer dari balai.

“Kemalangan melibatkan kereta Proton Satria yang terbabas sendiri di pusingan U, dari arah Kota Kinabalu menghala ke Papar.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *