Najib Mohon Pengampunan Diraja, Akan Kekal Status Ahli Parlimen, Kata Azhar

Azhar Harun berkata, Najib Razak hanya akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan, sekiranya petisyen pengampunan itu ditolak.

KUALA LUMPUR : Bekas perdana menteri, Najib Razak sudah memfailkan permohonan pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun.

Katanya, Najib memfailkan permohonan itu pada 2 Sept lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes itu.

Beliau berkata, Najib hanya akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan, sekiranya petisyen pengampunan itu ditolak.

“Ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan,” katanya dalam kenyataan.-ADVERTISEMENT-Ads by 

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *