PBM Yakin Dapat Bertapak Di Sabah, Kata Haniza

Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha menepis ramalan mengatakan parti itu tidak mampu bertapak di Sabah.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Haniza Mohamed Talha menepis ramalan mengatakan parti itu tidak mampu bertapak di Sabah.

ADUN Lembah Jaya itu berkata, masih terlalu awal untuk meramal nasib PBM di Sabah.

“Terlalu awal untuk menganalisis nasib PBM di Sabah. Kalau di Sabah, PBM belum betul-betul bertapak, tapi kami mempunyai pemimpin-pemimpin masyarakat yang dikenali ramai,” katanya kepada FMT.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi yang akan dimanfaatkan sebaiknya oleh PBM.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.528.0_en.html#goog_2056965729https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.528.0_en.html#goog_2056965739Ads by 

“Kemasukan Mohamaddin bagus untuk PBM dan bermula dari situ, PBM akan terus berkembang di Sabah,” katanya sambil mengakui menjadi lumrah untuk parti baharu tidak diketahui umum.

Bagaimanapun katanya, PBM sebenarnya parti yang penuh dengan pengalaman.

“Walaupun PBM parti baharu, tetapi kita kaya dengan pengalaman kerana kita sudah mempunyai empat Ahli Parlimen dan tujuh ADUN di seluruh negara dan mereka ini dikenali di kawasan masing-masing sebagai orang yang rajin turun padang bagi mendengar masalah rakyat.”

Haniza turut memaklumkan presiden pengganti PBM, Zuraida Kamaruddin akan ke Sabah hujung minggu ini untuk menemui pemimpin PBM di sana.

Pada 28 Ogos lalu, Mohamaddin yang juga ADUN Segama mengumumkan penyertaannya dalam PBM menersui sidang media di Kota Kinabalu bersama Presiden PBM, Larry Sng.

PBM adalah parti kedua selepas Bersatu yang disertai Mohammadin dalam masa setahun, setelah keluar dari Warisan. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *