Najib Tiba Di Mahkamah, Laungan ‘Bossku, Lawan Tetap Lawan, Allahuakbar’ Bergema

Najib sempat keluar dari kereta sebentar untuk bertemu penyokongnya yang berkumpul di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, sejak awal pagi hari ini.

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Kehakiman di sini pada jam 9.20 pagi ini.

Ketibaan beliau disambut lebih 100 penyokongnya, yang mula memenuhi kawasan luar bangunan mahkamah tersebut sejak awal pagi.

Mereka yang dilihat berkumpul mulai jam 7.30 pagi itu tidak berganjak, menanti ketibaan Najib dan melaungkan pelbagai kata-kata semangat buatnya.

Laungan seperti “Bossku”, “Lawan Tetap Lawan”, “Hidup Bossku” dan “Parlimen Pekan” kedengaran semakin kuat ketika Najib tiba di mahkamah.

Kenderaan membawa Najib yang turut membawa anaknya, Nooryana Najwa, berhenti seketika di hadapan kumpulan penyokong tersebut.

Ahli Parlimen Pekan itu kemudiannya keluar dari kereta sebentar untuk bertemu penyokongnya, membuatkan suara sorakan mereka semakin kuat.

Selepas itu, Najib memasuki semula kenderaan dan masuk ke dalam bangunan mahkamah untuk menyambung prosidingnya. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *