Pelajar Vokasional Bentang Inovasi Di Persidangan Dalam Talian

KENINGAU: Pasukan pelajar bakeri dan pastri Kolej Vokasional Keningau telah membentang inovasi makanan di International Conference on Social Sciences pada 19 Ogos 2022 berpusat di Kayseri, Turkiye.

Pasukan pelajar ini terdiri daripada Nurul Naziehah Jasnie, Nurul Ain Aizatty Shamsul, Adrianah Matali dan Nurul Ain Asleeza Hasrul.

Pasukan pelajar ini telah membentang inovasi ais krim yang diperbuat dari buah tropika yang kurang dikenali iaitu buah lemak manis atau buah kungkurad sebagai bahan utama.

Justifikasi kenapa buah ini dipilih sebagai bahan utama pencuci mulut ini adalah untuk mengenalpasti sama ada perisa ini diterima dengan baik oleh orang awam kerana buah ini jarang digunakan sebagai bahan pembuatan makanan.

Memandangkan ais krim adalah pencuci mulut yang digemari ramai, ianya menjadi pilihan pertama untuk dijadikan sebagai bahan ujikaji bagi perisa buah kungkurad.

Pengarah Kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, menyatakan rasa bangga dengan pencapaian pasukan pelajar ini. Dia berharap agar amalan pembentangan ilmiah sentiasa dilaksanakan oleh warga kolej itu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan mereka boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *