Pasukan Pembelaan Najib Fail Permohonan Supaya Ketua Hakim Negara Tarik Diri

KUALA LUMPUR : Terkini, pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah memfailkan permohonan supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun menarik diri dari mempengerusikan prosiding rayuan akhir pagi ini.

Menerusi ciapan ringkas Bernama, prosiding rayuan akhir itu bermula pada jam 9.40 pagi tadi di Mahkamah Persekutuan.

Najib menjadi tumpuan hari ini apabila Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar hujahan peguam beliau untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Perbicaraan masih lagi berlangsung, nantikan berita selanjutnya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *