Sabah, Kedah Terikat Di Darul Aman

ALOR SETAR : Sabah FC yang berkunjung ke Stadium Darul Aman dalam aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), malam ini terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata apabila sekadar seri 1-1.

Dalam perlawanan itu,
Kedah membuka tirai jaringan menerusi tandukan penyerang import Ronald Ngah seawal minit keenam, menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

Sabah cuba bangkit menerusi percubaan Gary Steven Robat pada minit ke-21, namun percubaannya melepasi palang gol.

Pemain Sabah, Taiki Kagayama hampir menyamakan kedudukan lima minit kemudian, namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

Tuan rumah hampir menambah gol apabila
Mahmoud Al-Mardi memperoleh peluang pada minit ke-34 dalam kotak penalti selepas mendapat hantaran daripada ketua pasukan Kedah, Syazwan Zainon, namun percubaannya tersasar.

Bermula babak kedua, Sabah terus menekan tuan rumah menerusi ketua pasukan dan bekas pemain Kedah Baddrol Bakhtiar pada minit ke-64, namun percubaannya diselamatkan Ifwat.

Gol penyamaan yang dicari cari skuad The Rhinos akhirnya menjelma pada minit ke-83, menerusi jaringan Farhan Roslan yang mendapat hantaran Saddil Ramdani untuk Sabah membawa pulang 1 mata ke Kota Kinabalu.

Dengan keputusan ini, Sabah FC kekal di tangga kedua Liga Super dengan 35 mata selepas mengharungi 16 perlawanan, 3 mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim.

Manakala Kedah di tangga keenam dengan 18 mata.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *