Harga Siling Minyak Masak Botol 5Kg RM34.70 Berkuatkuasa 8 Ogos

KUALA LUMPUR: Minyak masak sawit dalam botol 5kg akan dijual pada harga RM34.70 bulan ini bermula dari 8 Ogos, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa.

Annuar berkata, harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan harga RM4,063 bagi Ogos.

“Berdasarkan penentuan harga ini mulai hari ini, penguatkuasaan harga di kedai-kedai hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian, bermakna 8 Ogos minyak masak dalam botol 5kg yang sekarang dijual dari RM39 hingga RM42 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *