Obor-Obor ‘Serang’ Pantai Israel

Obor-obor dalam jumlah yang besar dilihat di sepanjang pantai di negara haram Israel.

Baitulmaqdis: Obor-obor dalam jumlah yang besar dilihat di sepanjang pantai di negara haram Israel.

Ia menyebabkan orang ramai menghindari daripada mandi di kawasan perairan yang terjejas.

Situasi itu juga memberi amaran bahaya mengenai ketidakseimbangan ekologi kerana perubahan iklim.

Masalah itu dilaporkan menyebabkan sektor pelancongan kerugian AS$10 juta (RM44.55 juta) setahun.

Selain itu, ia memberi ancaman apabila hidupan berkenaan mungkin akan tersumbat di dalam loji nyahmasin air laut yang menjadi sumber air bersih bagi penduduk Israel.

Pada masa sama, populasi obor-obor dalam jumlah yang besar juga menjejaskan industri perikanan.

Seorang renjer marin, Guy Lavian berkata, air laut menjadi semakin panas dan dapat dilihat, ada jumlah obor-obor yang banyak.

“Ia boleh menyebabkan banyak kerosakan. Anda pasti boleh mengatakan bahawa pemanasan global menyumbang kepada (jumlah obor-obor yang banyak) ini,” katanya.

Obor-obor gemarkan suhu lebih panas dan akan berebut dengan hidupan marin lain untuk sumber makanan. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *