KPDNHEP Sandakan Tumpas Kegiatan Seleweng Minyak Bersubsidi

Kredit Foto : KPDNHEP Sabah

SANDAKAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sandakan menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi berjumlah 15,048 kilogram bernilai RM37,620 dalam serbuan di Kampung Jawa 2, Batu 12 di sini malam semalam.

Ketua cawangannya Azdy Zukkry John berkata serbuan pada 7.30 malam itu dibuat ke atas sebuah rumah tidak bernombor yang dipercayai dijadikan tempat kegiatan penyelewengan barang kawalan itu sejak kira-kira setahun lepas di daerah ini, namun tiada tangkapan dibuat.

Foto KPDNHEP Sabah

“Serbuan dibuat hasil siasatan serta risikan sejak seminggu lepas dan berdasarkan tumpahan minyak di merata tempat di rumah ini, kami percaya sindiket ini memang sangat aktif terutama sejak harga minyak masak semakin meningkat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Azdy Zukkry pihaknya telah mengesyorkan kepada kementerian supaya lesen pemborong sebuah syarikat yang disyaki terbabit dalam satu kes penyelewengan lebih 19,000 kilogram minyak masak bersubsidi di sini pada Mac lepas, digantung sehingga kes selesai.

Katanya terdapat 21 syarikat pemborong aktif di Sandakan. – BERNAMA

Foto KPDNHEP Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *