3 Cedera Parah Kenderaan Jatuh Gaung 10 Meter Di Kiulu

Keadaan pacuan empat roda yang terbabas ke gaung dekat Bayaon, Kampung Rangalau Baru, Kiulu di Tuaran.

TUARAN: Tiga cedera parah, manakala seorang lagi cedera ringan selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung setinggi 10 meter berhampiran Bayaon, Kampung Rangalau Baru, Kiulu, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 11.57 malam.

Katanya, sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sejurus anggota tiba, keempat-empat mangsa berusia 12 hingga 44 tahun itu sudah dikeluarkan oleh pekerja pembinaan jalan raya dan orang awam.

“Tiga mangsa yang cedera parah dan seorang cedera ringan diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan EMRS dan ambulans,” katanya dihubungi hari ini.

Abdul Qawie berkata, pihaknya kemudian menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux itu.

“Operasi ditamatkan jam 12.55 tengah malam,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *