Joachim Kalahkan Joniston Bagi Jawatan Timbalan Presiden PBS

Joachim (kiri) memenangi perebutan jawatan timbalan presiden PBS mengatasi Joniston pada pemilihan parti yang berlangsung, semalam.

KOTA KINABALU: Perebutan jawatan timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi kuota bumiputera bukan Islam yang menjadi perhatian pada pemilihan kali ini menyaksikan Joachim Gunsalam berjaya memenanginya dengan keputusan tipis.

Joachim yang juga timbalan ketua menteri mengatasi Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Joniston Bangkuai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang itu memperoleh 339 undi manakala Joniston yang juga ADUN Kiulu memperoleh 334 undi sementara sebanyak 65 undi rosak.

Walaupun tewas, Joniston kemudian dilantik sebagai ketua penerangan PBS.

Dua lagi yang dilantik adalah ADUN Matunggong Julita Majungki sebagai setiausaha agung dan Lu Kim Yen sebagai bendahari agung.

Dalam perkembangan sama, satu lagi jawatan timbalan presiden bagi kouta Cina dimenangi bekas ahli Parlimen Kota Kinabalu Yee Moh Chai.

Beliau mengatasi bekas ADUN Tanjung Aru Edward Yong Oui Fah dengan kelebihan 259 undi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal dan Sarawak) Maximus Ongkili mengekalkan jawatan presiden selepas tidak dicabar.

Seorang lagi iaitu ADUN Tamparuli Jahid Jahim turut mengekalkan jawatan timbalan presiden bagi kuota bumiputera Islam selepas turut tidak dicabar. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Lain-lain keputusan ialah:

Naib Presiden :

  • Arthur Sen Siong Choo
  • Ruslan Muharam
  • Mursid Mohd Rais
  • Hendrus Anding
  • Johnny Mositun

Ahli Majlis Tertinggi:

  • Johnny Goh
  • Kong Nyuk Thou
  • Lim Vun Chan
  • Gan En Siong
  • Fazidah Mohd Yassin
  • Kasirin Kamiran
  • Juin Saman
  • Azmi Ahmad
  • Omar Abdul Hakim
  • Peter Jino Allion
  • Samuil Mopun
  • Fredolin Totin Bangon
  • Stanis Buandi
  • Suman Yasambun
  • William Majimbon
  • Masum Takin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *