ADUN Sindumin Putuskan Sertai UMNO

Yusof Yacob (kiri) menjadi wakil rakyat bebas kira-kira tujuh bulan selepas meninggalkan Warisan pada 8 Okt 2021.

KOTA KINABALU : ADUN Sindumin, Yusof Yacob secara rasminya kembali ke pangkuan Umno semula.

Kemasukan Yusof ke dalam Umno itu diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin semalam.

Bung berkata, Umno Sabah sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa sahaja, sama ada mereka yang pernah bersama Umno dahulu atau baharu ingin menyertai parti itu.

Selain Yusof katanya, bekas ketua penerangan dan ahli Warisan di lima bahagian turut menyertai Umno.

“Ini akan memperkukuhkan parti,” kata Bung menurut laporan Sinar Harian.

Bung juga yakin rakyat akan kembali yakin dan menyokong Umno serta BN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Yusof yang merupakan bekas pemimpin Umno dan pernah menjadi ahli Parlimen Sipitang dari 1995 hingga 2008 serta timbalan speaker Dewan Rakyat.

Beliau kemudiannya menyertai Warisan dan memenangi kerusi DUN Sindumin atas tiket parti itu pada PRU 2018 dan pilihan raya negeri (PRN) 2020 sebelum meninggalkan Warisan pada 8 Okt 2021 dan menjadi ADUN bebas selama kira-kira tujuh bulan. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *