Cerita Animasi Pelajar Istimewa Raih Pingat Emas Di Festival Seni Brazil

KENINGAU : Alexius Ignatius, pelajar berkeperluan khas Kolej Vokasional Keningau, telah mendapat pingat emas kategori cerita animasi di festival seni “Ritmos Brasileiros 2022” yang berlangsung pada 15 Mei 2022.

Pelajar tersebut yang dibimbing oleh gurunya, Avyasvina Istiniza Unong, telah menyampaikan cerita animasi bertajuk “Timbalun” yang boleh diakses melalui pautan berikut: https://youtu.be/O66kqOfKlpA

Cerita ini mengisahkan seorang remaja yang telah mengambil dan memakan buah nangka tanpa meminta kebenaran empunya kawasan rumah dimana pokok nangka itu tumbuh.

Tindakannya itu telah mengundang kemarahan penghuni rumah tersebut yang kemudiannya menghukum remaja itu dengan sumpahan penyakit keatas kampung kediamannya.

Menyedari kesilapan yang telah dilakukannya, dia cuba untuk membetulkan keadaan sebelum terlambat.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, berasa kagum dengan pencapaian pelajar ini yang membuktikan bahawa tiada halangan bagi individu berkeperluan khas untuk mencapai apa sahaja yang mereka inginkan.

Dia berharap amalan sebegini diteruskan di kalangan pelajar institusi tersebut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *