338,296 Saman Dikeluarkan Dalam Op Selamat 18

Saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya pada Op Selamat 18 meningkat 114,847 atau 51% berbanding 223,449 pada Op Selamat 15.

KUALA LUMPUR : Polis mengeluarkan 338,296 saman kepada pengguna pada Op Selamat 18, berbanding 223,449 pada Op Selamat 15, iaitu peningkatan sebanyak 114,847 saman atau 51%.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata sebanyak 160 kematian akibat kemalangan dilaporkan di seluruh negara sepanjang 10 hari Op Selamat 18 diadakan bermula 29 April hingga 8 Mei lalu.

“Jumlah nahas direkodkan dalam Op Selamat 18 adalah sebanyak 15,947 kes dengan 150 daripadanya adalah kemalangan maut.

“Jumlah kemalangan ini meningkat sebanyak 1% atau 111 kes berbanding 15,836 yang direkodkan dalam Op Selamat 15,” katanya dalam kenyataan.

Dalam Op Selamat 18 juga, sebanyak 252,375 kes khas enam kesalahan lalulintas utama dikesan dilakukan pengguna jalan raya,” katanya.

Enam kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju dengan 240,421 kes, memandu di lorong kecemasan (804), memotong di garisan berkembar (1,202), memotong barisan (3,582), melanggar lampu isyarat (4,375) dan menggunakan alat telekomunikasi semasa memandu (1,991).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *