Penyanyi Ditahan Serang Bekas Isteri

Polis berkata, bekas isteri penyanyi itu enggan bergambar dengannya.

KUALA LUMPUR : Polis menahan seorang penyanyi atas dakwaan memukul bekas isterinya ketika datang mengambil anak mereka di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu berlaku di kawasan parkir rumah penyanyi terbabit di Kota Damansara semalam.

Katanya, perselisihan faham berlaku antara kedua-duanya kerana bekas isteri berusia 27 tahun itu enggan bergambar dengan suspek.

Penyanyi itu kemudian memarahi dan memukulnya, menyebabkan badannya lebam dan sakit. Wanita itu kemudian membuat laporan polis.

“Suspek berumur 45 tahun itu ditahan di kediamannya bagi membantu siasatan. Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek adalah negatif,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk permohonan reman.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *