Pelajar Sabah Bentang Inovasi Makanan Di Persidangan Colombia

KENINGAU : Jenny Anne Jaibin, pelajar seni kulinari Kolej Vokasional Keningau, telah membentang inovasi makanannya iaitu pasta di persidangan dalam talian Latin American International Conference on Natural and Applied Sciences pada 7 April 2022.

Jenny Anne telah mencipta sejenis pasta yang berbeza dari pasta yang biasa dihidangkan dengan menggunakan dua jenis sayur sebagai bahan utama, bayam dan keladi.

Jenny Anne berpendapat bahawa masyarakat kurang memberi perhatian kepada nutrisi makanan yang diambil dan hanya mengutamakan rasa dan rupa bentuk makanan.

Oleh itu, dia berhasrat untuk memperkenalkan pasta yang berwarna ungu hasil dari warna asli keladi serta mengandungi kandungan nutrisi yang tertinggi memandangkan ianya berasaskan sayur bayam.

Pengarah kolej tersebut, Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pelajar ini kerana berjaya menghasilkan inovasi makanan yang berkhasiat dan seterusnya membentang produk ini di persidangan antarabangsa.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentanganya boleh ditonton melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *