Polis Giat Kesan Lelaki Didakwa Ganggu, Cuba Larikan Pelajar

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim

PENAMPANG: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki didakwa terbabit insiden mengganggu dan cuba melarikan seorang pelajar sekolah menengah, sebagaimana tular dalam laman sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata pihaknya sudah menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 8(1)(E) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah.

“Polis sedang giat menjalankan operasi bagi mengesan suspek dan semua elemen di lapangan bagi memaksimumkan tahap keselamatan.

“Selain itu, pihak polis juga menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan spekulasi dan berita tidak sahih,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Haris berkata, ia bertujuan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan, selain dibimbangi boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang melalui talian 088-723961. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *