Kelab Backbencher GRS Kini Dikenali Backbencher BN-GRS

Salleh Said Keruak (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun, pada majlis berbuka puasa, malam tadi.

KOTA KINABALU: Pengerusi Kelab Backbencher Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Salleh Said Keruak, berkata kelab berkenaan kini dikenali sebagai Backbencher BN-GRS.

Katanya, perkara itu selaras selepas kerajaan negeri yang turut dikenali kerajaan GRS-BN berikutan penubuhan GRS secara rasmi tanpa penyertaan Umno.

“Apabila kerajaan negeri sudah diumumkan kerajaan GRS-BN, ia dengan sendirinya bertukar kepada Kelab Backbencher BN-GRS.

“Hal ini juga kerana saya memang sentiasa mengalu-alukan perkembangan penubuhan GRS dan kita harus terima hakikat semasa pilihan raya negeri (PRN) dahulu, kita tanding atas sebuah gabungan besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Pengagihan Zakat Kumpulan Qhazanah Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam tadi.

Salleh yang juga pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, berkata walaupun Umno bukan sebahagian daripada GRS, namun parti itu menyokong penubuhannya.

Katanya, Sabah kini mempunyai dua kumpulan besar dan ia dilihat dapat menentukan kerajaan yang stabil.

“Kestabilan sesebuah kerajaan penting agar dapat menunaikan tanggungjawab yang sudah dijanjikan pada pilihan raya sebelum ini.

“Kita juga akan berdepan dengan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Oleh itu, penting untuk gabungan itu harus melaksanakan apa yang sepatutnya mereka laksanakan bagi kepentingan rakyat,” katanya. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *