Penyanyi Nasyid, Yasin Tiba Di Mahkamah Untuk Didakwa

Yasin ketika dibawa ke mahkamah hari ini.

PETALING JAYA : Penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini, baru-baru ini tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, untuk didakwa.

Yasin, 47, yang memakai baju-t hitam tiba di mahkamah kira-kira 10 pagi diiringi anggota polis.

Dia akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 masing-masing di Mahkamah Majistret serta Sesyen.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, kegiatan penyanyi nasyid yang juga komposer muzik menanam pokok ganja terbongkar selepas kediamannya diserbu polis.

Dalam serbuan pada 5.30 petang, polis menemui 17 pokok dalam pasu disyaki ganja di salah sebuah bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, polis turut menemui dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

Siasatan polis mendapati, pokok ganja yang ditemui itu adalah untuk kegunaannya sendiri. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *