Hajiji Akan Lancar Parti KDM Pimpinan Peter Anthony

Juil Nuatim (duduk tengah, tanpa pelitup muka) bergambar dengan jawatankuasa penganjur selepas mengadakan mesyuarat di Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor akan melancarkan parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pimpinan bekas Naib Presiden Warisan, Peter Anthony, pada 13 Mac ini.

Pengerusi pelaksananya, Juil Nuatim, berkata majlis pelancaran itu juga dijangka dihadiri pemimpin parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Pelancaran ini dijangka dihadiri kira-kira 200 ahli KDM dan kita hanya menjemput beberapa bahagian yang dikenal pasti.

“Kami minta maaf tidak dapat menjemput semua ahli parti kerana kita masih tertakluk kepada SOP pihak berkuasa,” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa penganjur pelancaran parti KDM, di sini.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, meninggalkan Warisan bersama Juil yang juga ADUN Limbahau pada 28 Dis lalu.

Parti KDM yang mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah memohon untuk menyertai GRS, tetapi belum ada keputusan muktamad mengenainya sehingga kini. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *