Cikgu Larry James Bentang Projek Di Persidangan Cyprus

KENINGAU : Seorang guru matematik Kolej Vokasional Keningau, Encik Larry James, telah membentang projeknya di sebuah persidangan dalam talian yang berpusat di Cyprus padda 6 Mac 2022.

Persidangan itu yang dikenali sebagai International Conference on Global Practice of Multidisciplinary Scientific Studies dijalankan secara bersemuka dan dalam talian.

Projek tersebut yang dikenali sebagai “Shongami” merupakan kombinasi beberapa perkataan Jepun terutamanya manga dan origami yang merupakan aspek budaya Jepun yang diterapkan dalam projek ini.

Tujuan projek ini adalah untuk membantu para pelajar menulis nota dengan lebih berkesan melalui penggunaan kaedah seni lipatan kertas yakni origami dan ilustrasi komik berkonsepkan manga.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada Cikgu Larry James kerana menghasilkan projek inovatif yang mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran bilik darjah serta aktiviti ulangkaji.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan Encik Larry semasa sesi dalam talian boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *