(VIDEO) Ketulan-Ketulan Putih Seakan Salji Turun Di Gunung Kinabalu

UMUM mengetahui bahawa Malaysia berada di atas garisan khatulistiwa dan hanya mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Hal ini bermakna negara kita hanya akan mengalami dua musim sahaja iaitu musim panas dan musim hujan.

Oleh itu, agak sukar untuk kita melihat fenomena salji di Malaysia. Bagi kita yang tidak pernah merasai musim sejuk, mesti ramai akan teruja apabila pertama kali merasai turunnya salji itu.

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang lelaki di Sabah ini. Menerusi video yang dikongsikan, lelaki tersebut berada di kawasan pergunungan Kinabalu dan di sekitarnya seolah-olah mempunyai ketulan-ketulan putih yang jatuh ke tanah.

Menerusi video itu kelihatan seperti kapas-kapas putih yang menyerupai salji telah jatuh ke atas baju lelaki berkenaan.

Selain itu, melihat pada video yang dikongsikan oleh pengunjung lain, mereka turut berada di kawasan yang sama. Mereka juga melihat situasi yang sama iaitu seakan-akan salji yang turun di pergunungan Kinabalu, Sabah.

Pemilik video turut merakam saat-saat di mana ‘baby crystal’ yang didakwa sajli itu jatuh di sana.

Bagi yang belum tahu, Gunung Kinabalu menjadi tumpuan ramai pendaki untuk sampai ke puncak. Dengan ketinggian 4,095.2 meter dari aras laut, sudah pasti puncaknya menawarkan pemandangan yang begitu cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *