Kompleks Perindustrian Tenaga Diperbaharui RM1 Bilion Akan Dibina Di Sabah

Hajiji Noor ketikat melancarkan SMJREIC di SICC, Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Sebuah Kompleks Perindustrian Tenaga Diperbaharui Sabah Maju Jaya (SMJREIC) bernilai RM1 bilion akan dibina di kawasan seluas kira-kira 10 hektar di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, usaha merealisasikan SMJREIC dilaksanakan oleh syarikat Suria Capital Holdings Berhad dengan kerjasama Vandelay Ventures Sdn Bhd dan akan memberi manfaat kepada Sabah.

“Saya gembira Suria Capital Holdings Bhd telah menambah satu lagi portfolio pelaburan berpotensi dalam senarai usaha niaga dipacu pihak swasta yang berjaya di negeri ini.

“Saya berharap untuk melihat hasil MoU ini dalam masa terdekat,” katanya pada majlis pelancaran SMJREIC dan menandatangani MoU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Suria Capital Holding Berhad sebagai pemilik tanah dan Vandelay Ventures Sdn Bhd serta rakan kongsi termasuk Sawit Kinabalu dan SLDB sebagai pembekal bahan mentah, SULZER GTC Technology sebagai penyedia teknologi dan THINKAT Advisory Sdn Bhd sebagai rakan kongsi kewangan.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, usaha itu akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri, menjana peluang pekerjaan dan membawa masuk teknologi baharu ke Sabah.

Katanya, beliau gembira kerjasama itu melibatkan Suria Capital Holding Berhad, yang merupakan antara syarikat awam berhad yang mempunyai reputasi tinggi di Sabah.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan peranan sektor swasta dalam memacu ekonomi. Kita boleh lihat, sebagai contoh, kekukuhan sektor hartanah; lonjakan semula industri minyak dan gas dan penanaman semula pokok dalam sektor perhutanan.

“Inistiatif memberi laluan lebih besar yang didorong oleh swasta akan meningkatkan momentum ekonomi dalam industri ini; merangsang aliran pelaburan; meningkatkan kepelbagaian ekonomi keseluruhan; meningkatkan peluang ekonomi yang lebih luas dan mewujudkan limpahan berkaitan,” katanya. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *