Pejabat Kerajaan Sabah Beroperasi 50% Kapasiti

Safar Untong berkata, langkah itu dilaksanakan akibat lonjakan kes Covid-19 di Sabah.

KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Sabah, Safar Untong berkata, pejabat kerajaan negeri itu akan beroperasi pada separuh kapasiti susulan lonjakan kes Covid-19 di Sabah.

Beliau dalam memo pada Isnin berkata, separuh daripada penjawat awam akan bekerja dari rumah dan baki separuh lagi bekerja di pejabat berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, sistem penggiliran akan dilaksanakan untuk perkhidmatan penting bagi memastikan tiada gangguan.

Data daripada Kementerian Kesihatan pada Isnin menunjukkan terdapat 36 kluster Covid-19 aktif di negeri itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *